Tuesday, December 14, 2010

posting yg tergendala.....

ni birhtday kek yg dibuat khas utk anak buah ku. Muhammmad Amirun b. Mohd Shamshuri yg ke 8. ni kira mak ngah sponsor la ye. hehehehe! jgn mintak hadiah dh tau.( kemut giler mak ngah dia nih )
tp, budak2 ni paling suka lilin ni ha.
lilin ni sangat2 menarik kan?

ni pulak antara tempahan kek coklat kukus yg sempat kita buat pada 2hb dec. x banyak kali ni. dlm 58 biji je. selalunya lbh 100 biji untuk sekali order.
apapun tqvm pada sesapa yg order ye. terima kasih daun keladi. lenkali order lg ye. hihihihi!!!


ni pulak kek yg kite buat special utk cousin kite safirah. kek ni utk dibawa ke rumah pengantin lelaki. so blh a promote sikit kan? hahahha!!!

kek  kat atas tu kita buat sekali dgn cupcakes ni. apapun harap nya pasangan ni berpuas hati la dgn kek ni ye.selamat pengantin baru SAFIRAH & ROZALI !!!
persoalannya sekarang ....kenapa kite suka sangat dengan deco rumput, ladybird n bunga-bungaan ini....jawapannya
1. sebab kite pencinta alam kot
2. sebab kite suka kaler hijo
3. ni alasan yg paling logik rasanya
MUDAH n SENANG
thats y...kebanyakkan kek - kek kita yg diorder last minute @ bg arahan ikut suka....semuanya akan keluar la rumput segala. hahhaha
insyaAllah!!! lepas ni kite akan praktik kan bunga rose dlm deko yg seterusnya...
ni pulak, tempahan dr rakan sekerja, kinah. nak kek yg kecik je. so...tara!!!!! kite pakai mould 4 inch je. sangat comel. ltk isian blueberi so bolehlah kiranya dipanggil mini blueberry cake. hahahah!!!! kek ni utk birthday husband dia katanya. tq kinah. harap berpuas hati. kalau x puas mkn, order lg ye.
ni pulak kite dh maju setapak kehadapan. tiada lg rumpur bagai. kite dh try buat small rossete. oklah bg amatur macm kite ni kan? sori...coz gambar x brp jelas. kamera cikai. mcm nilah ghupenyer....

Sunday, December 5, 2010

just for fun............

 mummy....sex tu apa?




Mummy, SEX tu apa?

Seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.



Mummy, mummy.....SEX tu apa?" Terkedulah Si Ibu..



Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.




Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah Si Ibu mencari jawapan yang sesuai. Dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.



Maka Si Ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga. Diikuti dengan pembentukkan bayi di dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddy nya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran Si Comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.

Tiba-tiba Si Anak menangis teresak-esak. Si Ibu kehairanan dan bertanya. Si Anak menjawab dalam tangisan... Katanya jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja...



Seraya Si Anak menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)...



NAME: .........................................

SEX: ............................................

CLASS: .........................................

SUBJECT.....................................